Galeri
PROGRAM MEMACU KEHIDUPAN : HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026 NEGERI MELAKA
Yayasan Petronas menganjurkan Program Memacu Kehidupan : Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bertujuan untuk membantu serta meringankan beban individu berpendapatan rendah(B40) seperti orang-orang tua, ibu bapa tunggal, anak-anak yatim, golongan OKU dan miskin tegar dalam membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Didalam program ini YP telah memperuntukkan sumbangan berupa Bakul Makanan dan Kuih Perayaan Tahun Baru Cina untuk diagihkan kepada 150 orang mengikut daerah. Seramai 80 orang klien dan keluarga telah diraikan. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Hjh Kalsom Binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka. Turut hadir sama Encik Zamry bin Abulis Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat,Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah dan Jasin serta Yang Dihormati Encik Mohd Zaki Bin Dato’ Haji Mahat, Pengurus Besar PETRONAS Selatan