Mengenai Kami

Sistem e-Komuniti

Platform yang menggalakkan pewujudan masyarakat penyayang dan merealisasikan kebajikan tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat.

Sistem e-Komuniti merupakan satu platform secara dalam talian yang bertujuan untuk menggalakkan pewujudan masyarakat penyayang dan merealisasikan “Kebajikan Tanggungjawab Bersama” dalam kalangan masyarakat.

Pelaksanaannya adalah melalui kolaborasi strategik di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sektor kerajaan, sektor korporat, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan individu berdasarkan kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR), “Komuniti untuk Komuniti” dan nilai “Berkat Berjasa”.

Tujuan e-Komuniti

Tujuan sistem ini adalah untuk:

  • Menggalakkan supaya Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) berdaftar dengan JKM
  • Mewujudkan mekanisme permintaan dan pembekalan (demand and supply) yang sistematik dan terkini serta secara global dan dalam talian
  • Menyediakan satu kaedah alternatif untuk mendapatkan sumbangan oleh PSK yang berdaftar selain daripada menggunakan kaedah yang sedia ada
  • Memudahkan sektor kerajaan, sektor korporat, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menyalurkan sumbangan kepada PSK yang berdaftar berdasarkan keperluan yang dikehendaki
  • Menyediakan satu platform pengurusan permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang lebih sistematik, teratur dan cekap
  • Menyediakan satu platform pengurusan sukarelawan JKM yang lebih sistematik, teratur dan cekap

Komponen Utama

Sistem e-Komuniti merangkumi lima (5) komponen utama:

Profil Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Pendaftaran ini membolehkan PSK memohon perkhidmatan Jabatan secara dalam talian, termasuk sumbangan dan bantuan kewangan kerajaan melalui sistem ini.

Keperluan Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Modul Keperluan menyediakan platform untuk menyenaraikan keperluan PSK dan memudahkan penyumbang menyalurkan bantuan yang sesuai melalui kaedah suai padan.

Sumbangan Keperluan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Orang awam boleh melayari Sistem e-Komuniti yang memaparkan Senarai Keperluan yang telah dimasukkan oleh PSK dan memberikan sumbangan.

Pengurusan permohonan Bantuan Kewangan

PSK yang telah berdaftar dan telah diluluskan/disahkan pendaftaran oleh JKM boleh membuat Permohonan Bantuan Kewangan secara dalam talian.

Pengurusan Sukarelawan

Orang awam yang berminat menjadi Sukarelawan JKM boleh memohon secara dalam talian menerusi Sistem e-Komuniti.